Anwar, MB Kelantan bincang usaha perkukuh kerjasama

Anwar, MB Kelantan bincang usaha perkukuh kerjasama

ANWAR Ibrahim ketika menerima kunjungan Mohd. Nassuruddin di pejabatnya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud hari ini bagi membincangkan usaha ke arah memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu merangkumi sokongan Persekutuan dalam beberapa bidang termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kemudahan sosial.

“Kami membincangkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dan perpaduan antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“(Ini) termasuk sokongan dalam pelbagai sektor, seperti infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×