Anak-anak tak cukup kasih sayang - Liyana Jasmay - Utusan Malaysia

Anak-anak tak cukup kasih sayang – Liyana Jasmay

LIYANA JASMAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Liyana Jasmay, berpandangan kes buli membabitkan kematian sebenarnya berpunca daripada ibu bapa yang bertindak ganas di rumah.

Liyana berkata, selalu melihat kejadian buli depan mata menjadi antara sebab kanak-kanak tersebut bertindak ganas.

“Anak-anak tak cukup kasih sayang, selalu nampak kejadian ganas depan mata,” ujarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 38 tahun itu turut menekankan soal keprihatinan ibu bapa dalam hal demikian.

“Ibu bapa tak pernah peluk anak, sebab itu wujudnya pembuli,” ujarnya.

Dalam pada itu, Liyana juga menyifatkan kes buli membabitkan kematian seorang pelajar sekolah baru- baru ini akibat dipukul dengan paip getah sebab tindakan yang tidak normal.

“Banyak kemarahan suspek sampai boleh pukul orang dengan paip getah? sangat ekstrim dan ganas! Ini tidak normal!,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×