PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah susulan pemergian Allahyarhamah, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wata’ala dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Baginda turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dr. Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi tadi.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.-UTUSAN











