Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam gua

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam gua

ANGGOTA pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan warga emas yang ditemukan meninggal dunia di dalam gua di Kampung Pulai, Gua Musang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam gua berhampiran sebuah resort di Kampung Pulai di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.42 malam.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian sebelum mendapati seorang lelaki warga emas yang berusia dalam lingkungan 70-an berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam gua itu.

“Pasukan bomba menggunakan pengusung dan lampu pencahayaan untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut.

“Pegawai Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×