PH Pulau Pinang kekal pendirian untuk terus bekerjasama dengan BN

PH Pulau Pinang kekal pendirian untuk terus bekerjasama dengan BN

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika ditemui pemberita di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang kekal dengan pendirian mereka untuk terus bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini, tiada isu berbangkit mengenai perkara itu seperti yang dibincangkan dalam sesi libat urus dalaman DAP, malah, ia juga tidak dipersoalkan dalam mesyuarat DAP negeri yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke Siew Fook, semalam.

“Kita memang kekal dengan keputusan itu (untuk terus bekerjasama) dan tidak ada siapa pun yang mempersoalkannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program R.A.C.E to Zero Regional Series 2026 di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Guan sebelum ini mempersoalkan pendirian kepimpinan tertinggi PH di negeri itu yang terus menyokong peranan UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun terdapat kenyataan yang disifatkannya sebagai serangan ‘tidak mesra’ terhadap DAP dan PKR.

Guan Eng berkata, pendirian tersebut sukar difahami apabila tiada maklum balas diberikan terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap DAP dan PKR berkaitan isu politik identiti.

Menurut Guan Eng, Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas sebelum ini menafikan BN telah mengeksploitasi politik identiti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya, mendakwa DAP dan PKR hanya memberi tumpuan kepada satu kaum sahaja.

ADS:D

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak dapat memastikan sama ada hanya seorang atau lebih pihak yang mempertikaikan pendirian berkenaan buat masa ini.

“Tak tahulah sama ada seorang atau dua yang berbuat demikian,” ujar beliau, ringkas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN