Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan batal akibat hujan lebat

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan batal akibat hujan lebat

PERARAKAN Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan di Padang MBS, Seremban dibatalkan ekoran hujan lebat pagi tadi. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hujan lebat pagi tadi memaksa perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan yang melibatkan 74 kontinjen dan kira-kira 4,000 peserta dibatalkan.

Perarakan yang dijadualkan berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu merupakan sebahagian daripada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 2026.

Bagaimanapun, majlis sambutan tersebut tetap berlangsung di sebuah hotel di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menzahirkan rasa syukur kerana majlis berkenaan dapat diteruskan biarpun perarakan tidak dapat diadakan.

“Walaupun hari ini kita tak dapat ada perarakan, Alhamdulillah beta memanjat setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus masih dapat diadakan.

“Beta juga amat bersyukur kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, beta dan pembesar-pembesar tetap dapat hadir ke majlis ini,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN