Penumpang terjatuh ke landasan dipercayai pitam – Rapid KL

Penumpang terjatuh ke landasan dipercayai pitam – Rapid KL

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden seorang penumpang terjatuh ke landasan Stesen Gombak pada pukul 9.05 pagi tadi dipercayai disebabkan pitam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rapid KL, sebaik sahaja menerima laporan insiden tersebut, pihaknya terus mengaktifkan sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) dan memutuskan bekalan kuasa ke landasan untuk langkah keselamatan.

“Ia sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pasukan operasi dan polis bantuan menjalankan tindakan segera,” katanya.

Penumpang tersebut katanya, berjaya dikeluarkan daripada landasan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Rapid KL memberitahu, pihaknya kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut di landasan bagi memastikan landasan dalam keadaan selamat untuk beroperasi.

“Operasi tren telah disambung semula pada pukul 9.12 pagi selepas memastikan segala aspek keselamatan dalam keadaan terkawal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×