Padang Besar Festival tarikan baharu pelancongan sempadan

Padang Besar Festival tarikan baharu pelancongan sempadan

KU Hasrin Ku Abdul Rahman meninjau persiapan Padang Besar Festival 2026 di Padang Besar Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Sejumlah 30,000 dijangka memeriahkan Padang Besar Festival 2026 yang berlangsung dua hari bermula semalam di Padang Besar Street, sekali gus menjadi tarikan baharu memeriahkan pelancongan sempadan.

Program julung kali diadakan anjuran Putra Trail Running Club dengan kerjasama Padang Besar Street itu menyajikan pelbagai pengisian menarik seperti permainan tradisional dan rak­yat, persembahan kesenian dan kebudayaan, larian serta pelbagai program melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum.

Festival berkenaan turut diserikan dengan persembahan nyanyian kumpulan rock terkenal, XPDC pada 8 Ogos bermula dari pukul 5 petang.

Majlis perasmian Padang Besar Festival 2026 disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abd. Hamid.

Antara acara paling menarik perhatian adalah Larian Malam Padang Besar sejauh 22 kilo­meter yang bermula dari pukul 10 malam pada 7 Ogos sehingga 6 pagi keesokan hari, membabitkan hampir 1,000 peserta merangkumi laluan pekan Padang Besar, Chuping Valley, Felda Rimba Emas dan Kampung Kok Mak di sini.

Pengarah Padang Besar Festival, Ku Hasrin Ku Abdul Rahman berkata, Padang Besar Festival merupakan sebuah acara yang diilhamkan untuk mengangkat Padang Besar sebagai destinasi pelancongan sempadan yang unik.

Katanya, penganjuran festival berkenaan bukan sahaja menjadi platform untuk memelihara warisan budaya serta menggalakkan gaya hidup sihat, sebaliknya turut menggabungkan penglibatan antara dua sempadan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×