P.Pinang: 9 lokasi alami gegaran susulan kejadian gempa di Sumatera

P.Pinang: 9 lokasi alami gegaran susulan kejadian gempa di Sumatera

PASUKAN Keluaran Operasi (PKO) bomba menjalankan pemantauan di salah satu daripada sembilan lokasi yang dilaporkan mengalami gegaran di Pulau Pinang kesan daripada kejadian gempa bumi di utara Sumatera, Indonesia, hari ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sekurang-kurangnya sembilan lokasi di kelima-lima daerah di Pulau Pinang dilaporkan mengalami gegaran susulan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 yang melanda utara Sumatera, Indonesia, petang tadi.

Di daerah barat daya, antara lokasi yang dilaporkan terjejas ialah Baystar Condominium dan One Precinct Lengkok Mayang Pasir, Bayan Lepas manakala di timur laut, lokasi yang terlibat ialah termasuk Apartment Manggis, Kondominium Summer Place dan Apartment Pelangi Gate di Lebuh Macallum.

Bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) pula, gegaran dilaporkan berlaku di Marminton Homes dan Crown Plaza Hotel di Butterworth manakala di Seberang Perai Tengah (SPT), lokasi terjejas ialah sebuah pangsapuri berhampiran pusat beli belah Pacific Megamall.

Turut mengalami gegaran ialah kawasan sekitar kilang TF-AMD di Batu Kawan, dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut setakat ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima sekurang-kurangnya sembilan panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan sehingga pukul 7.27 malam ini.

“Ketika ini, operasi masih berjalan dan pemantauan sedang dilakukan oleh pasukan keluaran operasi (PKO) yang berada di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×