Kedai emas rugi RM16,000, gelang tangan dilarikan pelanggan

Kedai emas rugi RM16,000, gelang tangan dilarikan pelanggan

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik kedai emas di Batu Enam, dekat sini kerugian RM16,000 selepas barang kemas dilarikan dua wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada kira-kira 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, kehilangan gelang tangan emas 916 seberat 28.01 gram disedari pekerja wanita kedai itu selepas melakukan pemeriksaan stok.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati seorang daripada suspek menyembunyikan gelang tangan itu di dalam beg tangan sebelum beredar dengan alasan ingin ke mesin pengeluaran wang automatik berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada awalnya suspek meminta jurujual menunjukkan tiga utas gelang untuk dicuba. Suspek pertama yang berjubah kelabu dan berpurdah memakai gelang itu dan menutupnya dengan menggunakan lengan baju.

“Suspek itu telah menjatuhkan gelang tersebut sebelum suspek kedua yang berjubah biru gelap mengalihkan perhatian jurujual dengan meminta untuk mencuba gelang lain sementara suspek pertama menyembunyikan gelang yang jatuh ke dalam beg tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini