JPNPP sedia bantu siasatan polis, jamin mangsa buli seksual dilindungi

JPNPP sedia bantu siasatan polis, jamin mangsa buli seksual dilindungi

WANITA yang dikenali sebagai Nur (gambar) mendakwa bahawa anak perempuannya kini hidup tertekan selepas menjadi mangsa buli seksual dan buli siber di Pulau Pinang, baru-baru ini. -UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu proses siasatan membabitkan insiden gangguan seksual serta buli siber melibatkan seorang pelajar sekolah di negeri ini seperti dilaporkan media, semalam.

Menurut JPNPP, pada masa yang sama, siasatan dalaman turut dilaksanakan bagi meneliti setiap aspek yang berkaitan dengan insiden berkenaan.

“Tumpuan utama JPNPP pada ketika ini adalah untuk melindungi pelajar yang menjadi mangsa dan ketika ini, intervensi sokongan psikososial sedang dilaksanakan bagi membantu murid yang terjejas.

“Dalam hal ini, JPNPP tidak berkompromi dengan sebarang salah laku seksual dan buli. Tindakan paling tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita mendakwa anak perempuannya kini hidup dalam tekanan selepas wajah, nama, kelas serta nombor telefonnya disebarkan melalui poster berunsur lucah serta akaun media sosial palsu sejak April lalu.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 46, berkata, kejadian itu pada awalnya berlaku di sekolah anaknya di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini sebelum ia didakwa merebak ke sekolah lain dalam daerah yang sama apabila poster tersebut dijumpai dalam raga motosikal pelajar.

Susulan kejadian tersebut, tiga laporan polis dibuat secara berasingan selain laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas mengesan beberapa akaun media sosial palsu yang menggunakan wajah serta imej suntingan bagi mengaibkan anaknya diwujudkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×