Jana Wibawa: Saksi setuju beri keterangan untuk ‘selamatkan’ diri

Jana Wibawa: Saksi setuju beri keterangan untuk ‘selamatkan’ diri

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah sebuah syarikat kontraktor menafikan dirinya ‘menjual’ nama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meyakinkan syarikat kontraktor lain menyertai Program Jana Wibawa.

Datuk Seri Azman Yusoff yang merupakan saksi pendakwaan ke-27 turut menafikan bahawa wang yang diterima daripada syarikat kontraktor yang berjaya memperoleh kontrak kerajaan di bawah program tersebut adalah rasuah, sebaliknya adalah sumbangan.

Bagaimanapun, saksi itu membuat kejutan apabila bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik bahawa dia hadir ke mahkamah sebagai saksi adalah bagi mengelakkan dirinya didakwa di mahkamah atas kesalahan meminta rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Azman mengesahkan dirinya merupakan salah seorang suspek dalam siasatan kes membabitkan Program Jana Wibawa dan terdapat aduan terhadapnya kerana meminta rasuah daripada kontraktor.

Hisyam: Saya katakan, awak bekerjasama dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk datang ke mahkamah, jadi saksi SPRM (pendakwaan) kerana jika awak tidak beri kerjasama SPRM akan tuduh awak?
Azman: Tidak setuju.

Hisyam: Setuju borang aduan terhadap awak masih hidup sehingga hari ini, belum NFA (tiada tindakan lanjut)?
Azman: Setuju.

Hisyam: Motif awak datang ke mahkamah jadi saksi adalah untuk selamatkan diri sendiri daripada tuduhan?
Azman: Tak pasti.

Hakim Ruwena Md Nordin: Peguam kata, sekarang motif kamu datang beri keterangan ke mahkamah supaya kamu selamat daripada pertuduhan terhadap kamu, setuju atau tidak?
Azman: Setuju.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin, saksi bersetuju bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu tidak pernah meminta sumbangan daripadanya.

Saksi itu berkata demikian ketika disoal balas dalam perbicaraan kes Muhyiddin yang didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada empat syarikat antaranya Nepturis, Mamfor Sdn. Bhd., KCJ Engineering dan Azman.

Muhyiddin turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Perbicaraan bersambung 1 September ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini