Dua beranak maut berpelukan dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus

Dua beranak maut berpelukan dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus

KEADAAN kebakaran yang meragut nyawa dua beranak selepas rumah yang diduduki mereka terbakar di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang lelaki dan anaknya yang berusia sembilan tahun ditemukan maut selepas rumah yang diduduki mereka di Kampung Tok Jembal, di sini terbakar hari ini.

Kedua-dua mangsa dikatakan ditemukan berpelukan di tingkat atas kediaman berkenaan selepas dipercayai terperangkap dalam insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 5.50 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, ketika kejadian, rumah berkenaan dihuni dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak lelakinya.

“Anggota polis yang tiba di lokasi mendapati sebuah rumah terbakar kira-kira 70 peratus. Pemeriksaan menemukan dua mangsa yang merupakan penghuni rumah berkenaan dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia,” katanya di sini.

Menurut beliau, kebakaran dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dan penyelamat  kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berada di lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini