Agong terima menghadap Premier Sarawak

Agong terima menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini, di Istana Pelangi, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap berlangsung di Istana Pelangi, Johor Bahru, Johor.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Noorazam Osman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×