Tindakan Pas seperti ‘matlamat menghalalkan cara’

Tindakan Pas seperti ‘matlamat menghalalkan cara’

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Pas sejak kebelakangan ini bertentangan dengan nilai politik Islam dan lebih menyerupai pendekatan ‘Machiavellian’ atau matlamat menghalalkan cara.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Pas cuba menyingkirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Perikatan Nasional (PN) menerusi pelbagai muslihat politik.

Beliau berkata, ia dapat dilihat jelas daripada beberapa tindakan Pas sepanjang proses rundingan politik dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan.

“Tindakan Pas melakukan rundingan di belakang-belakang, memutuskan hubungan dengan Bersatu ketika berdepan PRN Johor, melengah-lengahkan persiapan PN untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan atas tujuan tertentu, serta muslihat menyingkirkan Bersatu daripada PN bukan cara Islam tetapi cara Pas.

“Apabila matlamat menghalalkan apa juga cara, itu bukan nilai yang diajarkan oleh Islam tetapi amalan politik Machiavellian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, hak Bersatu sebagai anggota dan parti pengasas PN telah dinafikan, khususnya membabitkan perbincangan kerusi PRN Negeri Sembilan.

Beliau berkata, rundingan kerusi pilihan raya dengan Bersatu tidak diteruskan, malah ia sengaja dihentikan dengan alasan yang tidak munasabah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN