MUAR: Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan selesa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit selepas calonnya, Zaidi Japar memperoleh majoriti 9,431 undi setakat ini.
Setakat 8.48 malam, Zaidi memperoleh 13,009 undi daripada 18,153 undi yang sudah dikira.
Calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Yazid Bakri mendapat 3,578 undi, sementara Syed Mohamad Syed Alwi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) hanya mendapat 1,566 undi.
DUN Rengit mempunyai seramai 27,608 pengundi berdaftar.
Kerusi itu sebelum ini dimenangi oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang kemudiannya menyatakan sokongan kepada calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. – UTUSAN








