[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Layang-Layang

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Layang-Layang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Chua Jian Boon mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang dengan memperoleh 3,819 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), B. Guna (1,010 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Abd. Mutalip Abd. Rahim (693 undi) setakat pukul 8.07 malam tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 69.16 peratus undi, diikuti PH dengan 18.29 peratus manakala PN meraih 12.55 peratus daripada keseluruhan 5,522 undi yang telah dikira.

DUN Layang-Layang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Chua Jian Boon dari BN, B. Guna (PH) dan Abd. Mutalip Abd. Rahim (PN).

Seramai 25,181 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN