[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Jementah

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Jementah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Calon Barisan Nasional (BN), See Ann Giap terus mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah dengan memperoleh 5,320 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Ng Kor Sim (4,280 undi) dan calon Perikatan Nasional (PN), Saifullah Abdul Wahab (1,277 undi) setakat pukul 8.15 malam tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN berjaya memperoleh 48.91 peratus undi, diikuti PH dengan 39.35 peratus manakala PN meraih 11.74 peratus daripada keseluruhan 10,877 undi yang telah dikira.

DUN Jementah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara See Ann Giap dari BN, Ng Kor Sim dari PH dan Saifullah Abdul Wahab dari PN.

Seramai 41,137 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN