[TIDAK RASMI] BN dahului di DUN Yong Peng

[TIDAK RASMI] BN dahului di DUN Yong Peng

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN), Ling Tian Soon mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng dengan memperoleh 2,024 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Yong Hui Yi yang memperoleh 1,587 undi setakat pukul 7.03 malam.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 56.05 peratus undi manakala PH meraih 43.95 peratus daripada keseluruhan 3,611 undi yang telah dikira.

DUN Yong Peng menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Ling Tian Soon mewakili BN dan Yong Hui Yi daripada PH.

Seramai 34,023 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN