KUALA LUMPUR: “Kalau tunggu sempurna, mungkin sampai bila-bila tak akan bermula.”
Demikian teguran yang dilayangkan pelakon, Adam Corie mengenai solat.
Katanya, solat adalah kewajipan setiap mukmin justeru wajib dilaksanakan tidak kira baik buruk seseorang itu.
”Hakikatnya solat bukan hadiah untuk orang baik. Solat adalah perintah Allah.
”Tak kisahlah kita banyak dosa atau banyak pahala. Selagi kita mengaku Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad Itu pesuruhnya, kewajipan solat tetap tak pernah gugur,” katanya menerusi Thread.
Adam juga menasihatkan agar jangan tunggu diri menjadi sempurna untuk mengejarkan solat.
”Kalau tunggu sempurna mungkin sampai bila-bila tak akan bermula. Jadi jangan berhenti solat sebab rasa diri tak cukup baik.
”Teruskan solat sebab mungkin dengan solat itulah Allah akan jadikan kita lebih baik. Syaitan tak kisan berapa banyak dosa kita, yang dia nak kita tinggalkan solat,” kongsinya.- UTUSAN










