Sindiket vape dadah tumpas, libatkan rampasan bernilai RM34.31 juta

Sindiket vape dadah tumpas, libatkan rampasan bernilai RM34.31 juta

MUHAMMAD Abdul Halim (dua dari kiri) menunjukkan katrij yang dipercayai mengandungi dadah jenis furanylfentanyl dalam sidang akhbar di IPD Padang Besar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah sintetik menggunakan katrij cecair dipercayai mengandungi dadah furanylfentanyl bernilai RM34.31 juta dalam tiga serbuan berbeza, awal bulan ini.

Dadah sintetik tersebut dipercayai dimasukkan ke dalam katrij vape bagi meningkatkan kesan khayal sebelum diseludup ke negara jiran.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan pertama dilakukan pada 1 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Arau dan Padang Besar.

Serbuan itu membawa kepada penahanan seorang suspek wanita Thailand berumur 38 tahun di sebuah rumah di Kampung Panggas di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan di setor simpanan barang rumah terbabit berjaya menemukan 172 buah kotak yang mengandungi dadah disyaki jenis furanylfentanyl sebanyak 188.85 liter dianggarkan bernilai RM28.33 juta.

“Susulan tangkapan pertama, polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 68 tahun di Kampung Guar Musang, Bukit Keteri dan rampasan 35 kotak yang di dalamnya mengandungi 21,000 katrij cecair dipercayai furanylfentanyl sebanyak 39.9 liter dengan anggaran nilai RM5.9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini hari ini.

Muhammad berkata, serbuan susulan turut dilakukan di sekitar Ulu Pauh, Arau, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berketurunan Siam berusia 55 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan.

“Jumlah rampasan dadah ini juga boleh merosakkan sebanyak 457,500 orang dan modus operandi suspek adalah dipercayai dengan menggunakan setor penyimpanan barang dan rumah kediaman sebagai transit sebelum dihantar ke negara jiran,” katanya.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati suspek ketiga positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) manakala dua lagi negatif dari sebarang jenis dadah.

Beliau berkata, hasil semakan rekod lampau turut mendapati suspek pertama tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala dua lagi mempunyai rekod berkaitan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek juga akan disambung reman esok bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN