Seorang lagi penunggang ke RXZ Members maut 

Seorang lagi penunggang ke RXZ Members maut 

KEADAAN motosikal Yamaha 125ZR yang terlibat kemalangan di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang lagi penunggang motosikal yang dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan,  di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang menunggang sebuah motosikal Yamaha 125ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, polis menerima maklumat kemalangan itu daripada orang awam sebelum sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu bagi menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0.

“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang dipercayai hilang kawalan sebelum motosikal ditungganginya terbabas dan mangsa terjatuh di lorong kanan lebuhraya. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikal yang ditungganginya,” katanya di sini hari ini. 

Kim Wai berkata, sehingga kini masih belum ada saksi tampil membantu siasatan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN