PM Thailand doa Anwar berjaya pada PRN Johor

PM Thailand doa Anwar berjaya pada PRN Johor

ANWAR Ibrahim ketika menyambut ketibaan Anutin Charnvirakul sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand ke Malaysia. - GAMBAR IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mendoakan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Sabtu ini.

Anutin menyampaikan ucapan itu pada penghujung sidang akhbar bersama Anwar sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia hari ini.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dalam pilihan raya akan datang di Johor,” katanya.

PRN Johor Ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.

Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Anwar mempertaruhkan calon di kesemua 56 kerusi, membabitkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu daripada PKR, DAP dan Amanah.

Sementara itu, Anwar menyifatkan pertemuan beliau dengan Anutin berlangsung dalam suasana mesra dan amat produktif, malah mengibaratkannya seperti perbincangan antara sahabat lama.

“Datanglah lagi ke Malaysia kerana anda membuatkan kami berasa begitu selesa, gembira dan tenang. Rakan-rakan saya juga tentu bersetuju bahawa pertemuan ini ibarat pertemuan antara sahabat lama.

“Kalau ada sesuatu masalah, kita boleh selesaikannya dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Perkara seperti ini tidak berlaku di kebanyakan negara. Ia berlaku kerana Thailand merupakan negara yang sangat penting kepada Malaysia dan Perdana Menterinya berada di sini hari ini,” katanya.

Anutin tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Anwar. Lawatan itu merupakan yang pertama sejak beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Thailand pada Mac lalu.

Lawatan berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Thailand, selain memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN