PH nafi terlibat beri sogokan kepada pengundi

PH nafi terlibat beri sogokan kepada pengundi

AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas menghadiri program Kuala Pilah Berselawat dan Bermunajat, di Dataran Melang, Kuala Pilah, malam tadi.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan kononnya jentera gabungan itu terlibat dalam kegiatan memberi sogokan kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sepanjang tempoh berkempen, pihaknya tidak pernah menggerakkan sebarang operasi yang melibatkan pemberian wang kepada pengundi sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

Menurutnya, gabungan itu juga tidak mengetahui sebarang dakwaan berkaitan operasi sedemikian.

“Jentera PH secara rasmi atau secara tidak rasmi, kami tidak pernah bergerak menggunakan wang seperti itu.

“Kami tidak pernah terlibat dan tidak tahu-menahu tentang operasi itu.

“Sepanjang pilihan raya di Johor dan pilihan raya sebelum ini, sama ada melibatkan kerajaan negeri ataupun kerajaan Pusat, kami bergerak dengan keupayaan dan kemampuan kami sebagaimana yang dilaksanakan dalam PRN atau pilihan raya kecil,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Kuala Pilah Berselawat dan Bermunajat, di Dataran Melang, di sini, malam semalam.

Amirudin berkata, PH konsisten menjalankan kempen mengikut saluran yang sah tanpa bergantung kepada amalan membeli sokongan pengundi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN