Penyatuan Melayu perkukuh kekuatan politik 

Penyatuan Melayu perkukuh kekuatan politik 

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini membuktikan penyatuan orang Melayu mampu mengembalikan kekuatan politik kepada kaum itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, meskipun bentuk kerjasama yang terjalin masih belum jelas daripada segi kaedah dan ikatannya, perkembangan itu perlu diterima sebagai langkah ke arah memperkukuhkan kedudukan politik orang Melayu.

Katanya, kekuatan yang terhasil daripada penyatuan itu bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk mempertahankan kebatilan atau melakukan perkara-perkara buruk.

“PRN Johor yang baru selesai memperlihat apabila orang Melayu bersatu, kekuatan politik akan kembali kepada kita.

“Ianya harus digunakan untuk mengangkat martabat orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan tanah air kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Dr. Mahathir berkata, penyatuan berkenaan juga bukan bertujuan menekan atau menafikan hak serta kepentingan kaum lain.

Katanya, kekuatan politik akan memberi keyakinan kepada orang Melayu untuk memperjuangkan kepentingan kaum mereka tanpa mempertikaikan hak masyarakat lain.

“Inilah cara yang kita pegang sejak dari kita merdeka dan ianya telah berjaya memakmurkan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

“Kerana itu Melayu perlu bersatu dan memperkukuh kekuatan politik mereka. Hanya dengan cara ini tanah air kita akan kekal hak kita,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN