Orang Asli maut motosikal terbabas dalam parit

Orang Asli maut motosikal terbabas dalam parit

ANGGOTA bomba membantu membawa naik mangsa yang maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Chui Chak, Langkap dekat Teluk Intan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang l elaki maut manakala rakannya cedera setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berhadapan sebuah kafe di Kampung Chui Chak, Langkap di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.36 malam.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota menemui seorang lelaki Orang Asli berusia 31 tahun dalam keadaan tertiarap di dalam parit, manakala rakan wanitanya berusia 25 tahun berada di atas tebing dengan mengalami patah pada kedua-dua pergelangan tangan.

“Ketua operasi melakukan penilaian awal di lokasi dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota mengangkat mangsa lelaki keluar dari parit menggunakan pengusung.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa wanita diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Operasi yang disertai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tamat pada pukul 1.06 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN