Omoda Jaecoo perluas rangkaian, buka Pusat 3S Carro di Selayang - Utusan Malaysia

Omoda Jaecoo perluas rangkaian, buka Pusat 3S Carro di Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Omoda Jaecoo Malaysia terus memperkukuh rangkaian pengedarannya di peringkat domestik menerusi pembukaan rasmi Omoda Jaecoo Carro Selayang 3S Centre.

Fasiliti yang merangkumi aspek jualan, servis dan alat ganti (3S) itu dikendalikan oleh Carro Digital Sdn. Bhd. (Carro Digital) sekali gus bertindak meningkatkan akses pasaran dan standard operasi jenama automotif berkenaan.

Ketua Omoda Jaecoo Malaysia, Chris Tan berkata, pembukaan pusat pameran baharu itu mencerminkan keyakinan tinggi syarikat terhadap prospek pasaran kenderaan di Malaysia, selain komitmen untuk terus berkembang bersama rakan kongsi strategik.

“Kami akan terus mengembangkan rangkaian di seluruh negara bagi mendekatkan produk serta perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan, sekali gus memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lancar tidak kira di mana mereka berada,” katanya dalam kenyataan.

Langkah terbaharu itu menyusuli pelantikan rasmi Carro Digital sebagai pengedar sah Omoda Jaecoo pada Mac 2026.

Terletak di Selayang, Selangor, pusat pameran itu bakal memperluas capaian pasaran syarikat merangkumi kawasan sekitarnya seperti Batu Caves, Templer dan Rawang di bawah satu bumbung.

Bagi memenuhi permintaan penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat, Pusat 3S berkenaan dilengkapi dengan enam petak servis yang mampu menampung kapasiti penyelenggaraan sehingga 624 buah kenderaan sebulan.

Selain kemudahan teknikal, fasiliti terbabit turut menampilkan konsep reka bentuk runcit terkini yang dilengkapi dengan ruang santai kopi bagi memberikan keselesaan premium kepada pengunjung.

Menerusi pusat sehenti itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai perkhidmatan komprehensif termasuk sesi pandu uji, khidmat nasihat pembiayaan, penilaian kenderaan tukar beli, serta bantuan insurans.

Sehingga kini, Omoda Jaecoo Malaysia telah memiliki sebanyak 53 pusat pameran di seluruh negara yang disokong oleh rangkaian pengedar sah yang kukuh bagi memacu momentum pertumbuhan mampan jenama berkenaan di pasaran tempatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN