Malaysia tingkat pemantauan di Pulau Layang-Layang

Malaysia tingkat pemantauan di Pulau Layang-Layang

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kerajaan akan memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan di Pulau Layang-Layang susulan cabaran tuntutan bertindih di kawasan Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan mengemukakan bantahan diplomatik penting bagi menegaskan pendirian Malaysia susulan tuntutan bertindih di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Malaysia berdepan tuntutan bertindih daripada beberapa negara termasuk China, Vietnam dan Filipina, justeru setiap dakwaan yang menyentuh wilayah negara tidak boleh dibiarkan tanpa bantahan.

“Soal bantahan itu perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa bantahan tersebut sentiasa kita hidupkan. Kita tidak boleh membiarkan sebarang kenyataan atau tuntutan berlalu begitu sahaja tanpa menunjukkan pendirian Malaysia.

“Malah, kita juga menerima bantahan daripada negara-negara yang membuat tuntutan bertindih terhadap kawasan yang kita anggap milik Malaysia. Jadi, perkara ini memang perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Mawang, Johol, di sini, malam tadi.

Mohamed Khaled berkata, bantahan itu dibuat susulan tindakan sebuah negara yang baru-baru ini mengumumkan kawasan lautnya merangkumi beberapa pulau milik Malaysia.

“Negara itu baru-baru ini membuat pengumuman bahawa kawasan lautnya termasuk beberapa pulau yang kita miliki. Jadi, kita perlu mengemukakan bantahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut memperkukuh aspek keselamatan di Laut China Selatan bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN