Lebih 200 das tembakan bunuh lima renjer Thai

Lebih 200 das tembakan bunuh lima renjer Thai

PASUKAN Pelupusan Bahan Letupan dan Bahagian Forensik Polis Wilayah Narathiwat menemukan lebih 180 kelongsong peluru dalam insiden serangan di sebuah pusat pemeriksaan di Mukim Tanyong Mas, Daerah Rangae, Narathiwat, Thailand. – IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Se­kumpulan lelaki bersenjata melepaskan lebih 200 das tembakan dalam serangan ke atas Pusat Pemeriksaan Bukit Sami di Mukim Tanyong Mas, Daerah Rangae sehingga mengorbankan lima anggota Pasukan Petugas Renjer Ke-45, Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, kumpulan lelaki terbabit turut melarikan empat laras raifal AK-47 dan sepucuk pistol milik mangsa.

Jurucakap Pusat Operasi Ke­selamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pemeriksaan oleh Pasukan Pelupusan Bahan Letupan (EOD) dan Bahagian Forensik Polis Wilayah Narathiwat menemukan seku­rang-kurangnya 200 kelongsong peluru berkaliber 5.56 milimeter (mm), 7.62 mm dan 9 mm yang digunakan bagi raifal M16, AK-47 dan pistol di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan mendapati, sekurang-kurangnya 13 pe­nye­rang dibahagikan kepada dua kumpulan yang menaiki sebuah pikap dan motosikal ketika menyerang pusat pemeriksaan berkenaan.

“Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan kumpulan penyerang datang dari arah Pasar Pekan Tanyong Mas dengan didahului sebuah pikap manakala dua lagi pelaku yang menaiki motosikal bertindak sebagai pemantau dan pengiring.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, penyerang terus melepaskan tembakan menggunakan raifal M16 dan AK-47 ke arah tiga anggota renjer di pusat pemeriksaan dan dua lagi yang berada di dalam kubu,” katanya ketika dihubungi.

Jurucakap ISOC4 berkata, selepas anggota renjer rebah di atas jalan, pelaku menghentikan pikap sebelum sekali lagi melepaskan tembakan bagi memastikan sasaran mereka benar-benar mati.

Katanya, kumpulan itu kemudian menggeledah kawasan berkenaan sebelum melarikan empat laras raifal AK-47, sepucuk pistol 11 mm, empat jaket kalis peluru dan empat kelopak peluru milik mangsa.

“Semua suspek dipercayai melarikan diri ke Mukim Dusongnyo, Daerah Chanae. Polis kemudian menerima maklumat sebuah pikap yang terbakar di Kampung Air Chia, Mukim Sakor, Daerah Si Sakhon,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN