Kemerosotan integriti ancaman negara

Kemerosotan integriti ancaman negara

AMRIN Buang sewaktu berucap pada majlis Keselamatan dan Integriti Negara dalam Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Ke-8 (WCIT 2026).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemerosotan nilai integriti merupakan ancaman utama negara kerana membuka ruang kepada pelbagai permasalahan.

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, soal keselamatan bukan semata-mata mengenai ketenteraan, kecanggihan senjata atau ancaman luar seperti yang sering diperkatakan.

Sebaliknya tambah beliau, keselamatan negara kini dilihat semakin terarah kepada isu kegagalan tadbir urus, rasuah dan salah guna kuasa.

“Oleh itu, saya percaya bahawa integriti bukan sekadar prinsip etika, malah merupakan aset negara yang strategik,” katanya ketika menjadi panelis sesi bertajuk Keselamatan dan Integriti Negara dalam Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Ke-8 (WCIT 2026).

Ambrin yang memegang jawatan Ketua Audit Negara dari tahun 2006 hingga 2017 turut menekankan bahawa tadbir urus yang baik bermaksud institusi awam mestilah jujur membuat keputusan, telus terhadap penggunaan dana awam, mempunyai akauntabiliti terhadap hasil, adil menguatkuasakan undang-undang serta cekap dalam penyampaian perkhidmatan.

“Kerajaan kini dinilai berdasarkan kejujuran dan kompetensi mereka untuk mengelakkan salah urus serta kepincangan daripada berlaku.

“Pencegahan bukanlah satu tugas mudah. Sebagai contoh, sekiranya rasuah berlaku dalam perolehan pertahanan, ia akan melemahkan kesiapsiagaan tentera.

“Jika rasuah berterusan di sempadan, ia akan memudahkan aktiviti penyeludupan, pemerdagangan manusia, dan kemasukan pendatang tanpa izin. Jika tadbir urus kewangan lemah, ia akan menggalakkan pengubahan wang haram dan jenayah terancang,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN