Jenazah rakyat Malaysia maut tikam di Korea dibawa pulang

Jenazah rakyat Malaysia maut tikam di Korea dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenazah rakyat Malaysia yang maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, semalam kini dalam proses dibawa pulang ke Malaysia.

Adik mangsa, Ain Sephia, 25, berkata. dia telah dihubungi kakak iparnya yang memaklumkan jenazah abangnya selesai menjalani proses bedah siasat.

Menurutnya, beberapa urusan dokumentasi masih perlu diselesaikan bersama kedutaan Malaysia di Korea Selatan sebelum jenazah dibenarkan dibawa pulang.

“Setakat ini kami sudah menghantar semua dokumen yang diperlukan. Selepas semua proses selesai, barulah jenazah akan diuruskan untuk dibawa pulang.

“Belum ada maklumat lanjut mengenai bila jenazah dijangka tiba kerana masih terdapat beberapa prosedur yang perlu diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shah, 26, dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan.

Keluarga dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.40 pagi selepas isteri mangsa, Nurcahaya Ruslan, menghubungi mereka dan dimaklumkan bahawa Ahmad Shah telah meninggal dunia.

Sementara itu, menurut laporan Korea JoongAng Daily, susulan kejadian berkenaan, Balai Polis Eumseongtelah menahan seorang lelaki warga  lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

Suspek disyaki terbabit dalam kes bunuh serta beberapa kesalahan lain selepas dipercayai menikam mangsa yang berusia 20-an menggunakan sebilah pisau.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3 pagi di sebuah jalan di Daeso-eup, Daerah Eumseong.

Siasatan awal mendapati dua kumpulan yang masing-masing disertai suspek dan mangsa terlibat dalam pergaduhan besar di lokasi kejadian.

Difahamkan, kira-kira 10 individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu sebelum suspek didakwa mengeluarkan sebilah pisau dan menyerang mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×