Hajiji tarik kenyataan ‘Ini peguam tapi otak gila ini' terhadap ADUN Kapayan,

Hajiji tarik kenyataan ‘Ini peguam tapi otak gila ini’ terhadap ADUN Kapayan,

Datuk Seri Hajiji Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menarik semula kenyataan yang dibuatnya terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Chin Tek Ming pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Penarikan balik itu dibuat susulan kenyataan Hajiji yang direkodkan dalam penyata rasmi (Hansard) bertarikh 30 April lalu apabila beliau menyebut, “ini peguam (lawyer) tapi otak gila ini” ketika merujuk kepada Tek Ming.

Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al-Hambra Tun Juhar, memberi ruang kepada Hajiji untuk menarik semula kenyataan berkenaan sebelum persidangan DUN bermula.

“Saya menarik balik kenyataan yang saya buat pada sesi DUN pada 30 April yang lalu,” katanya.

Semalam, Chin Tek Ming ketika sesi perbahasan memohon supaya Hajiji menarik balik kenyataan berkenaan yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap maruah seorang wakil rakyat.

Menurut beliau, berdasarkan Hansard bertarikh 30 April 2026 pada muka surat 152, kenyataan itu bukan berkaitan hujah atau perbahasan, sebaliknya menyentuh peribadi.

Katanya, beliau menerima sebarang kritikan terhadap pandangan yang dikemukakan dalam sidang DUN, namun tidak boleh menerima kata-kata berbentuk penghinaan.

Beliau menegaskan perbahasan dalam DUN perlu berlandaskan fakta dan hujah, bukannya serangan peribadi.

Chin Tek Ming turut memohon Timbalan Speaker menguatkuasakan Peraturan Mesyuarat 43(4) dengan mengarahkan Ketua Menteri menarik balik kenyataan berkenaan tanpa syarat demi memelihara maruah institusi DUN Sabah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN