Berkempen secara baik, serah mandat kepada rakyat

Berkempen secara baik, serah mandat kepada rakyat

ANWAR Ibrahim berucap pada Forum Megatrends Khazanah (KMF) 2025 di Mandarin Oriental di sini hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diingatkan supaya berkempen dengan baik sepanjang berlangsungnya proses demokrasi tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti-parti perlu berkempen secara berhemah supaya dapat memberi pilihan sebaiknya kepada rakyat.

“Ya, DUN (Dewan Undangan Negeri) Sabah (sudah) bubar, parti-parti bincang, tetapi harap berkempen dengan baik. Bagi pilihan sebaiknya kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah, sekali gus membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17, berkuat kuasa hari ini. 

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN.

Hajiji membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, di sini, yang juga pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang tadi. 

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Pada pukul 9 pagi tadi, Hajiji menghadap Musa di Istana Seri Kinabalu selepas kenderaan yang membawanya dilihat memasuki perkarangan istana.

“Memandangkan tempoh lima tahun DUN Sabah Ke-16 akan berakhir, saya telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada pagi ini untuk menasihatkan mengenai pembubaran DUN.

“Dengan perkenan Tun Musa, DUN Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, untuk memberi laluan kepada PRN17 dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah memggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimimpin mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN