GB Gold lancar Wealth Summit 2026, buka peluang kekayaan menerusi emas

GB Gold lancar Wealth Summit 2026, buka peluang kekayaan menerusi emas

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn. Bhd., Mohd Afiq Ahmad (tiga dari kiri) bergambar bersama Duta GB Gold Malaysia, Alif Satar(dua dari kiri) Penasihat Syariah GB Gold Malaysia, Muhammad Arham Munir Merican dan Pengarah TTT Bullion, Cheang Kok Keet selepas memeterai Perjanjian Persefahaman ketika majlis GB Gold Wealth Summit 2026 di Wyndham Hotel, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform simpanan emas patuh syariah di bawah Grand Bullion Marketing Sdn. Bhd., GB Gold secara rasmi melancarkan acara berprestij GB Gold Wealth Summit 2026 bertemakan “Building People’s Wealth” bertempat di Hotel Wyndham Acmar.

Pelancaran persidangan itu menandakan hala tuju strategik syarikat dalam memperkukuh ekosistem ejen, sistem operasi serta mewujudkan peluang pendapatan mampan bagi rakyat Malaysia yang ingin membina kekayaan menerusi simpanan emas.

Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Mohd. Afiq Ahmad berkata, penganjuran GB Gold Wealth Summit 2026 bukan sekadar acara pelancaran biasa, sebaliknya menjadi pengisytiharan hala tuju baharu syarikat.

“Ia bukan sekadar pelancaran produk, malah pengisytiharan hala tuju syarikat ke arah membina sistem, memperkasa ejen dan mencipta pendapatan yang mampan untuk rakyat Malaysia.

“Setiap langkah yang kami ambil daripada tadbir urus syariah sehingga kerjasama strategik dibina atas asas kredibiliti. Itulah erti sebenar Building People’s Wealth bagi kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, selaras dengan tema yang diangkat, GB Gold menegaskan komitmennya untuk memastikan pembinaan kekayaan lebih mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat menerusi model keagenan syarikat.

Menurutnya lagi, menerusi modal permulaan serendah pegangan 1 gram emas sahaja, orang ramai kini berpeluang merendahkan halangan kemasukan perniagaan sampingan sekali gus menjana pendapatan tambahan yang mampan.

“Sempena GB Gold Wealth Summit 2026 ini juga, syarikat turut berkongsi beberapa inisiatif strategik baharu termasuk pengenalan sistem operasi yang dinaik taraf, penambahbaikan laman web rasmi, pelancaran portfolio produk emas terbaharu serta pemeteraian kerjasama strategik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU).

“MoU berkenaan melibatkan lima pihak utama iaitu GB Gold, penasihat Syariah Sharlife Sdn. Bhd. (Sharlife), Duta Jenama Strategik GB Gold, pembekal emas TTT Bullion (M) Sdn. Bhd. serta penyedia piawaian SIRIM,” katanya.

Beliau berkata, selain pengukuhan tadbir urus syariah bersama Sharlife, majlis turut meraikan pelantikan semula selebriti versatil, Alif Satar sebagai Duta Jenama Strategik bagi tahun ketiga berturut-turut serta pelancaran produk edisi khas GB Gold Alif Gold Bar Versi 3.0.

Dalam pada itu, sebagai ketersediaan menghargai kejayaan rangkaian perniagaannya, GB Gold turut menganugerahkan tiket percutian ke New Zealand kepada ejen-ejen yang mencapai sasaran, selain mengumumkan ganjaran percutian ke Turkiye bagi pencapaian sasaran tahun 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN