Datuk Red tidak hadir, ada urusan - Peguam - Utusan Malaysia

Datuk Red tidak hadir, ada urusan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Usahawan, Datuk Adnan Abu atau Datuk Red tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding pendengaran kes lafaz rujuk yang difailkannya terhadap bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi

Peguam syarie mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan memaklumkan ketidakhadiran anak guamnya kerana komitmen kerja yang perlu diselesaikan.

Akmal Amzan menafikan dakwaan anak guamnya pergi bercuti berbulan madu bersama isteri baharunya, Rohanita.

“Datuk Red tidak hadir. Saya dimaklumkan pagi tadi yang beliau ada urusan, tapi bukan pergi mana-mana seperti yang dinyatakan.

“Dia ada di sini (dalam kawasan) cuma tak dapat datang pada pagi ini,” kongsinya.

Akmal Amzan berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding permohonan penarikan balik kes berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat, di sini, hari ini.

Menurut Akmal, Datuk Red telah memaklumkan lebih awal mengenai kemungkinan tidak dapat hadir ke mahkamah.

“Semalam dia ada maklumkan kepada saya kemungkinan tak dapat datang pada hari ini.  Pagi tadi baru dia beri pengesahan yang dia tidak dapat hadir pada pagi ini.

“Tapi tidak mengapa sebab sudah ada wakil peguam jadi saya boleh wakilkan.

Mengulas lebih lanjut, Akmal Amzan menjelaskan tidak menjadi satu masalah sekiranya anak guamnya itu tidak hadir kerana sudah selesai memberi keterangan.

Prosiding yang berlangsung selama hampir dua jam bermula 11 pagi itu diadakan secara tertutup dengan kehadiran defendan, manakala plaintif tidak hadir atas urusan peribadi.

Sebelum ini, Adnan melalui permohonan difailkan pada 18 Disember lalu mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi sebelum ini dilaporkan terkejut dengan tindakan bekas suaminya itu dan menegaskan tidak mengetahui mengenai pengesahan lafaz rujuk berkenaan.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN