BN yakin bentuk kerajaan negeri tanpa kerjasama parti lain

BN yakin bentuk kerajaan negeri tanpa kerjasama parti lain

JALALUDDIN Alias (tengah) ketika berarak sempena penamaan calon bagi DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui dan Klawang di Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Barisan Nasional (BN) yakin memenangi lebih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi membentuk kerajaan negeri tanpa memerlukan kerjasama daripada parti lain.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keyakinan itu berdasarkan jangkaan BN bahawa rakyat akan memberikan mandat kepada gabungan berkenaan untuk menerajui kerajaan negeri.

Katanya, kemenangan melebihi 19 kerusi akan memberikan BN majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa BN akan diberikan mandat oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan secara keseluruhan.

“Maksudnya, BN akan mencapai kemenangan melebihi 19 kerusi iaitu majoriti mudah bagi kita (BN) menubuhkan kerajaan. Itu jangkaan dan juga keyakinan saya,” katanya selepas proses penamaan calon bagi DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui dan Klawang di Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu hari ini.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, penyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) akan saling memberikan sokongan kepada calon masing-masing di kawasan yang dipersetujui sepanjang PRN Negeri Sembilan.

Katanya, perkara itu merupakan sebahagian daripada persefahaman yang dicapai antara kedua-dua pihak bagi menghadapi PRN kali ini.

“Ini adalah persefahaman yang kita lakukan dan juga kedua-dua penyokong parti ini akan memberikan sokongan kepada calon-calon yang bertanding di kawasan berkenaan.

“Penyokong PN akan memberikan sokongan dan undi mereka tentunya kepada calon-calon BN di 25 kerusi ini dan begitu juga sebaliknya untuk 11 kerusi yang selebihnya.

“Jadi, saya berpandangan rakyat telah menilai, rakyat telah pun membuat keputusan dan gandingan atau persefahaman ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat dan rakyat di Negeri Sembilan, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN