BN peroleh majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri

BN peroleh majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri

RAMLAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) memenangi 29 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekaligus memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah 29 kerusi yang dimenangi BN itu juga melebihi 50 peratus daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 10.32 malam, BN telah memenangi sejumlah kerusi daripada 56 yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi lebih lima puluh peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya dalam sidang akhbar malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN