Azam dilantik ahli Lembaga NFCC sejak 2024

Azam dilantik ahli Lembaga NFCC sejak 2024

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai ahli Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dibuat pada 2024 di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

NFCC berkata, pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun bermula 20 September 2024 hingga 19 September 2027.

Katanya, kehadiran Azam dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lalu adalah selaras dengan Akta 822 kerana merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah. 

“Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Ia  kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Media melaporkan ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu sebagai Ahli Jawatankuasa NFCC.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan segera berhubung justifikasi pelantikan tersebut memandangkan individu berkenaan masih dikaitkan dengan beberapa isu yang sebelum ini pernah mencetuskan perhatian umum.

Azam dilantik sebagai penasihat NFCC, sebuah badan yang berperanan menyelaras usaha membanteras jenayah kewangan dan rasuah di peringkat nasional.

Pelantikan itu bagaimanapun menarik perhatian pelbagai pihak susulan latar belakang serta beberapa kontroversi yang pernah dikaitkan dengan beliau, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai keperluan dan kesesuaian pelantikan tersebut dalam struktur NFCC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN