Itu urusan perniagaannya - Azam Baki

Itu urusan perniagaannya – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Itu urusan perniagaannya. Jadi, adakah ini bermaksud sesiapa yang mempunyai kaitan dengan saya akan dipersoalkan?.”

Itu penjelasan  bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengenai dakwaan mempunyai kaitan dengan pemberian kontrak RM178.29 juta kepada syarikat dikaitkan dengan adiknya, Datuk Nasir Baki.

Menurut Azam, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang perkara itu.

“Saya sudah bersara dan terpulang kepada kementerian untuk menganugerahkan projek itu kepada syarikatnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berbahasa Inggeris yang mendakwa Integriti Padu Sdn. Bhd. memperoleh kontrak selama enam tahun bagi membangun dan mengendalikan sistem Road Charge dan Vehicle Entry Permit (RC/VEP) di sempadan Malaysia-Singapura.

Menurut laporan itu, Kementerian Pengangkutan menganugerahkan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada syarikat terbabit pada 26 Mei selepas proses permintaan cadangan (RFP) dikeluarkan pada Jun tahun lalu.

Azam yang bersara pada 12 Mei lalu berkata, keluarganya tidak seharusnya menjadi sasaran hanya kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

“Keluarga saya semuanya baik. Saya juga mempunyai seorang adik perempuan yang merupakan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) terkenal di negara ini.

“Adakah ini bermaksud dia juga akan menjadi perhatian?,” soalnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN