Kuasa Agong lantik Azam Baki sebagai ahli NFCC

Kuasa Agong lantik Azam Baki sebagai ahli NFCC

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni jemaah sewaktu hadir menunaikan solat jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah kekal sehingga 2027 dan hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membatalkannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pelantikan itu tiada kaitan dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Soal dia dalam kes ini, sudah ada kenyataan hari ini. Lantikan Yang di-Pertuan Agong itu terpakai sehingga 2027.

“Hendak batalkan itu hanya Yang di-Pertuan Agong. Dia tidak terkait dengan KP SPRM. Lantikan itu pelantikan Yang di-Pertuan Agong berakhir pada 2027,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin di Taman Kobena, Cheras, di sini hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sidang akhbar di Parlimen semalam mempersoal justifikasi pelantikan Azam sebagai penasihat di NFCC.

Ia memandangkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu didakwa terpalit beberapa isu termasuk skandal berkaitan korporat mafia dan pemilikan saham.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan sumbangan Amerika Syarikat (AS) sebanyak RM1 juta bagi projek restorasi Tugu Negara akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN