'Pelantikan sebagai ahli Lembaga NFCC kerana pengalaman saya'

Pelantikan sebagai ahli Lembaga NFCC kerana pengalaman saya – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pelantikan beliau sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) disebabkan pengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan selama 37 tahun.

Beliau berkata, pelantikan beliau atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan Seksyen 5 Akta NFCC.

“Saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia bukan sebab jawatan saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tetapi kerana 37 tahun pengalaman dalam penguatkuasaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, media melaporkan pelantikan Azam sebagai ahli Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) atas kapasiti individu bermula 20 September 2024 hingga 19 September 2027 bagi tempoh tiga tahun.

NFCC dalam kenyataan berkata, pelantikan tersebut diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Ia kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kehadiran Azam dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lalu adalah selaras dengan Akta 822 kerana merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah.

Media semalam melaporkan Ahli Parlimen dari pembangkang mempersoalkan pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam sebagai Ahli Jawatankuasa NFCC.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan segera berhubung justifikasi pelantikan tersebut memandangkan individu berkenaan masih dikaitkan dengan beberapa isu yang sebelum ini pernah mencetuskan perhatian umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN