Anwar mohon Tunisia timbang pembebasan Ghannouchi

Anwar mohon Tunisia timbang pembebasan Ghannouchi

ANWAR Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin gerakan Islam beraliran sederhana dari Tunisia, Rached Ghannouchi (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Presiden Tunisia, Kais Saied mempertimbangkan pembebasan Sheikh Rached Ghannouchi atas dasar ihsan dan kemanusiaan susulan faktor usia serta keadaan kesihatan ulama tersohor itu.

Anwar berkata, rayuan tersebut dibuat semata-mata atas pertimbangan kemanusiaan dan tetap menghormati kedaulatan Tunisia serta proses perundangan negara berkenaan.

Katanya, beliau menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan Ghannouchi, 84, yang masih berada dalam tahanan di Tunisia dengan perasaan dukacita dan kebimbangan.

“Saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden Tunisia, Kais Saied bagi memohon pertimbangan sewajarnya terhadap keadaan kesihatan dan faktor usia beliau termasuk mempertimbangkan pembebasannya atas dasar ihsan dan belas kasihan.

“Percaya nilai ihsan, belas kasihan dan maruah insan akan sentiasa menjadi pedoman dalam mendepani perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN