61 premis haram di PPR Seri Cempaka dirobohkan - Utusan Malaysia

61 premis haram di PPR Seri Cempaka dirobohkan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi bersepadu merobohkan 61 struktur tanpa kelulusan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai, semalam. - Sumber FB DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi bersepadu merobohkan 61 struktur tanpa kelulusan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai, semalam.

Operasi pembersihan tersebut dijalankan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Projek Kelestarian Komersial di kawasan berkenaan.

DBKL berkata, tindakan bersepadu itu turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Katanya, perobohan dan pembersihan tapak itu dilaksanakan selepas pemilik struktur mematuhi notis penguatkuasaan serta pengosongan yang telah dikeluarkan.

“Pemilik struktur yang terlibat merangkumi peniaga yang menjalankan aktiviti makanan, minuman, kedai serbaneka, perkhidmatan am dan lain-lain.

“Tindakan penguatkuasaan tersebut diambil atas kesalahan yang tertakluk di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kerja-kerja merobohkan kesemua 61 struktur serta pembersihan kawasan berkaitan telah berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kelancaran operasi itu dicapai selepas barangan dan peralatan perniagaan telah dialihkan sendiri oleh pemilik premis.

“Proses pemotongan bekalan air dan elektrik juga telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak DBKL, Air Selangor dan TNB.

“Pihak DBKL menegaskan bahawa mereka akan terus mengambil tindakan dan melakukan pemantauan di sekitar ibu kota dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN