PETALING JAYA: Urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan selesai di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas suruhanjaya itu mengesahkan penerimaan pemakluman rasmi berhubung perkara tersebut.
Perkembangan itu sekali gus menunjukkan proses pembubaran DUN Negeri Sembilan berjalan seperti biasa dan kini memasuki fasa penetapan tarikh tarikh penting Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri.
Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk M K Ibrahim Abd. Rahman berkata, beliau telah menghantar notis pembubaran kepada SPR dan pene rimaannya turut disahkan oleh suruhanjaya berkenaan.
“Saya telah hantar notis pembubaran pada SPR dan mereka telah mengesahkan penerimaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sebelum ini, pembubaran DUN Negeri Sembilan menjadi perhatian selepas Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin dilaporkan membantah tindakan berkenaan atas dakwaan ia dibuat tanpa persetujuan mereka.
Bantahan itu mencetuskan persoalan mengenai keabsahan proses pembubaran DUN ber kenaan, termasuk sama ada ia boleh diteruskan bagi membolehkan PRN di adakan.
Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Id rus pula memaklumkan urusan berkaitan penerimaan notis pembubaran itu telah selesai di peringkat suruhanjaya.
“Selesai,” katanya ringkas.
SPR sebelum ini memaklumkan telah menerima pema luman daripada M K Ibrahim melalui surat bertarikh 5 Jun 2026 berhubung pembubaran DUN Negeri Sembilan Ke15 sebagaimana termaktub di bawah Fasal 56(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Berdasarkan Fasal 56(4), satu pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri tersebut. Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan tarikhtarikh penting PRN pada tarikh yang akan dimaklumkan. – UTUSAN










