Sudah pergi kelas lakonan, Ceddy Ang mahu dapat watak lebih mencabar - Utusan Malaysia

Sudah pergi kelas lakonan, Ceddy Ang mahu dapat watak lebih mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mendambakan impian untuk melangkah lebih jauh dalam dunia seni, pengacara dan pempengaruh, Ceddy Ang meluahkan hasrat untuk membawakan watak yang berbeza dalam drama atau filem.

Ceddy Ang, 38, berkata, walaupun sering muncul dalam beberapa produksi sebelum ini, kebanyakan penampilannya hanya sebagai watak sampingan yang tidak jauh daripada personaliti sebenar dirinya.

“Doakan suatu hari nanti saya dapat berlakon dalam filem atau drama dan betul-betul bawa watak yang berbeza. Selalunya kalau saya muncul dalam mana-mana lakonan, saya hanya jadi kameo sebagai diri sendiri.

“Dengan rupa saya dan juga tinggi saya, mungkin watak utama itu agak susah. Tapi saya percaya mesti ada watak yang penting dalam jalan cerita yang sesuai untuk saya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Ceddy turut menegaskan bahawa minatnya terhadap dunia lakonan bukanlah sesuatu yang datang secara tiba-tiba hanya kerana populariti sebagai pempengaruh tetapi sudah dipelajarinya secara serius.

“Dan ya, sama seperti muzik, saya ada ambil kelas lakonan di bawah Enfiniti. Jadi, bukanlah terus masuk bidang lakonan hanya sebab saya seorang pempengaruh,” ujarnya.

Untuk rekod, Ceddy merupakan finalis bagi program realiti Malaysian Host Wanted Musim Pertama dan telah dinobatkan sebagai juara bagi program tersebut yang membawa balik wang tunai sebanyak RM30, 000. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN