Sindiket antarabangsa dadah, vape ketamin RM1.44 juta tumpas

Sindiket antarabangsa dadah, vape ketamin RM1.44 juta tumpas

ALZAFNY Ahmad (tengah) menunjukkan bungkusan dadah disyaki syabu yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Port Dickson, awal pagi semalam di IPK Negeri Sembilan di Seremban, semalam. – UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa dipercayai beroperasi melalui laluan laut bagi menyalurkan bekalan ke negara jiran ditumpaskan dalam dua serbuan di Port Dickson, awal pagi semalam membabitkan rampasan dadah bernilai RM1.44 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, operasi kira-kira pukul 3 pagi itu membawa kepada rampasan dadah disyaki syabu seberat 26.4 kilogram (kg) serta 100 kartrij cecair vape yang dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin.

Katanya, dalam serbuan pertama di kawasan pantai Kampung Kuala Lukut, Port Dickson, polis menahan dua lelaki warganegara Indonesia berusia 32 dan 34 tahun yang berada dalam bot pancung tanpa nombor pendaftaran.

“Hasil pemeriksaan menemukan 10 bungkusan dadah disyaki syabu seberat 12kg bernilai kira-kira RM600,000.

“Polis turut merampas bot pancung yang dipercayai digunakan untuk membawa dadah keluar dari negara ini melalui laluan laut ke Dumai, Indonesia,” katanya pada sidang akhbar Kejayaan Tangkapan dan Rampasan Dadah Bernilai RM1.44 juta di Port Dickson di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN