Sanusi sasar menang 36-0 DUN Kedah, rampas Parlimen Sungai Petani

Sanusi sasar menang 36-0 DUN Kedah, rampas Parlimen Sungai Petani

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas bersama Perikatan Nasional (PN) menyasarkan kemenangan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya akan datang selepas kini menyandang 33 daripadanya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, parti itu akan memimpin kemenangan lebih besar di negeri berkenaan termasuk menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen.

“Dengan 33 kerusi (DUN) yang kita ada, sama ada bersama mereka atau tidak kita akan pastikan kita lawan semua kerusi. Kita akan menang semua kerusi, telah dibuktikan dalam pergerakan pendirian para pengundi DAP dapat kosong di Sabah.

“Tidak mustahil di Kedah DAP akan lenyap sama sekali, PKR sedang lemah dan berpecah pemimpin mereka sedang berebut kuasa dan mabuk dengan kemewahan, maka kita akan rampas dua kerusi PKR di Sidam dan Bakar Arang. 36-0, kita buat macam di Terengganu,” katanya berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Kedah, malam tadi.

PKR menyandang kerusi Parlimen Sungai Petani sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain DUN Sidam dan Bakar Arang, manakala DUN Kota Darul Aman kini diwakili DAP.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah menyatakan kesediaan untuk membubar DUN Kedah sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen.

Katanya, ia bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak di kedua-dua peringkat tersebut agar dapat menjimatkan kos dan masa para pengundi termasuk jentera-jentera parti bertanding selain memudahkan tugasan pihak keselamatan.

“Boleh bincang, saya pun pernah sembang dengan PMX dia kata setuju, saya kata tarikh pun boleh bincang. Tapi saya difahamkan PMX nak lewatkan sebab dia tengah lemah, PKR sedang berselerak kerana sang kancil (parti Rafizi) sedang melompat-lompat.

“Bila PMX makin lemah saya tak yakin dia akan bubarkan Parlimen dengan cepat, dia akan heret sampai Disember 2027 iaitu tempoh matang pilihan raya selepas Disember 2022,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN