Saksi kejadian dua kanak-kanak jatuh bangunan masih trauma

Saksi kejadian dua kanak-kanak jatuh bangunan masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri mengaku trauma setelah melihat kanak-kanak perempuan jatuh bangunan di sebuah pangsapuri di Tampoi di sini, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Menerusi hantaran di Threads, pemilik akaun bernama Irainany berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan anak serta pekerja pembersihan berada di tingkat tujuh berhampiran kolam renang.

“Saya dan suami menjadi saksi kejadian, ketika itu kami baharu buka paip tepi kolam mahu basahkan badan sebelum mandi kolam, sekali terdengar bunyi hentakan yang kuat.

“Saya dan suami terkejut melihat ada kanak-kanak perempuan yang jatuh. Tidak boleh lupa betapa cemasnya kami masa itu, selepas itu ramai jiran datang ke lokasi. Sampai sekarang saya masih trauma teringat kejadian,” kongsinya di media sosial tersebut.

Tambah wanita itu, orang ramai yang berada di lokasi kejadian kelihatan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan setelah melihat keadaan mangsa.

“Selang seminit kemudian, kami terdengar satu lagi bunyi kuat dan mendapati terdapat seorang budak lelaki pula yang jatuh. Suami kemudian menghubungi ambulans dan meminta bantuan jiran-jiran lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN