PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan esok.
Menerusi Nota Kepada Pengarang yang dikeluarkan hari ini, mesyuarat berkenaan dijadual berlangsung pada pukul 10 pagi.
SPR turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan sebaik sahaja mesyuarat khas tersebut selesai.
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi telah dibubarkan secara rasmi pada Jumaat lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Sementara itu, DUN Johor yang memiliki 56 kerusi telah dibubarkan lebih awal iaitu pada 1 Jun lalu. – UTUSAN










