AS lancar serangan baharu ke atas Iran

AS lancar serangan baharu ke atas Iran selepas helikopter ditembak jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu terhadap Iran selepas Presiden, Donald Trump mendakwa Teheran menembak jatuh sebuah helikopter Apache milik AS di Selat Hormuz.

Tindakan itu sekali gus menjejaskan harapan terhadap kemungkinan perjanjian damai dan menambah ketegangan terhadap gencatan senjata yang rapuh antara kedua-dua negara.

Tentera AS memaklumkan menerusi platform X bahawa mereka menyasarkan sistem pertahanan udara Iran, stesen kawalan darat serta tapak radar pemantauan berhampiran Selat Hormuz.

Markas Pusat AS (CENTCOM) menyifatkan operasi itu sebagai tindak balas yang setimpal terhadap serangan baru-baru ini ke atas anggota tentera AS dan perkapalan komersial.

“Saya percaya tindak balas itu perlu sangat tegas dan berkuasa, dan itulah yang kami lakukan kali ini,” kata Trump kepada ABC News.

Serangan berkenaan bermula pada pukul 5 petang (waktu tempatan) manakala CENTCOM memaklumkan kira-kira empat jam kemudian bahawa operasi tersebut telah tamat.

Media kerajaan Iran melaporkan Pulau Qeshm dan bandar pelabuhan Sirik di Selat Hormuz menjadi sasaran serangan.

Menurut media Iran yang memetik sumber tempatan dan penduduk, bunyi letupan turut kedengaran di kawasan berhampiran Bandar Abbas serta sekitar daerah Jask yang terletak berhampiran pintu masuk ke selat berkenaan.

Sebagai tindak balas terhadap serangan itu, beberapa pangkalan tentera AS di rantau tersebut dilaporkan menjadi sasaran serangan balas.

Media Iran memetik kenyataan Markas Khatam al-Anbiya, iaitu pemerintahan tertinggi tentera bersama negara itu, yang mengesahkan tindakan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN